THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sep 5, 2009

♠Renung-Renungkan♠

SOLAT SEBELUM TERLAMBAT

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke alam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu,"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. "

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikuti orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mau mengerjakan shalat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan bangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Dizaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka coba membunuh ular itu. Apabila mereka coba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammad Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku?
Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya
1. Apabila dia mendengar azan dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mau keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mau mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.
Jika yang mengamalkannya itu tidak akan pernah kekurangan ilmu..






TANDA-TANDA KEMATIAN

> Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud

> cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan

> kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan

> masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat

> secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal

> hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali
rahimahullah

> diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu

> menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.

> Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk

mandinya,

> wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan

> kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu

> Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam

>
Ahmad

> bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat

-riwayat

> ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah

> berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah

> untuk

> menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam

> perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda

> ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang

> kafir iaitu orang yang menyekutukan
Allah nyawa mereka ini akan

terus

> di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka

> kepada Allah SWT.


> Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


> Tanda 100 hari sebelum hari mati.


> Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya

> akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.


> Walaubagaimanapun

> semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar

> atau

> tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

> Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan

> mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging

> lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti

> kita

> akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini

> rasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa

> mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan

> hilang

> setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak

> diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa

> memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa

> sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka

> ini

> adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada

> untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa

> atau

> ditinggalkan sesudah mati.


> Tanda 40 hari sebelum hari mati:


> Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.

> Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.

> Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok

> yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan

> mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita

> antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan

> terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu

dan

> jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan

> bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang

> tetapi

> kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa

> yang
akan dicabutnya.



> Tanda 7 hari:



> Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji

dengan

> musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara

> tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


> Tanda 3 hari:


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita

> iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan

maka

> berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi

> banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan

> memandikan

> kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi

> dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan


> ini

> dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya

> akan

> layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

> Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan

> sukar ditegakkan.

>

>

> Tanda 1 hari:


> Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu

>
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini

> menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan

> harinya.


> Tanda akhir:



> Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk

> di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya

akan

> naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap

>
kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan

> malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang

telah

> menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


> PENUTUP


> Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT

semuga

> kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang

> akan diberi kesedaran untuk peka
terhadap tanda-tanda mati ini semoga

> kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan

> samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa

> dan urusan hutang piutang

> kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha

> berkuasa

> lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh

mati

> seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu

> samada

> doa

> dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah

> ketentuan

> Allah SWT semata-mata.


> Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita

> diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan

> kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari

> keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

>

> Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang

> salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

>

>

> WALLAHUA`LAM





KISAH ULAMA DAN PRAMUGARI


Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.

Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Semasa beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya. Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki kedalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? Pramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari. Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.





WANITA TIDAK PERLU CEMBURU KEPADA BIDADARI SYURGA

"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada
bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),
sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz
Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang
terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak
luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari
syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang
paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan
'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa
suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta
Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz
yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang
membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita
menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup,
majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang
masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang
bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham
pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan
bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan
seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang
penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli
syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang
masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan
bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si
datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli
syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya
kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di
musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang
bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan
bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam
gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami
takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus
kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di
langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik
sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak
dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata
memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari
yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami
anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata
suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah
Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau
mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat
dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka
ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih
(tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang
berbunyi *`uruban atraaba*, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia
mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi berpanjangan.
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa
merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat
sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan
HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah *atraaba* pula, nantilah bila ada masa yang
sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys
only*. ;-j

---

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani
bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh
hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus,
dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka
alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang
wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith
yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak
memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau
dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu
anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan
mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar
kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi *shopping* ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah,
ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu
diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi
keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka
warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,
niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah
dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada
ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi
yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi
mereka.

Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda
tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak
'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan
terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik
pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta
kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh
tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.
Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya
camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai,
pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan
Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah
dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya
diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas
pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan
zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh
tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat
dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu
isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang
tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka
ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah
selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka.
Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi
seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah
Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,
barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas
kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan
peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas
dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah
bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih
mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti
ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan
terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas
pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian
(kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal
dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la
sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh
bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira
dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga
akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun
belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan
yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi
kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk
melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu
juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun
hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping
dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan
sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai
syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat
di rumah' saja.. ;-j

---

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan
tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego
dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. *Qaalu
salaaman-salaama~*




SPECIAL FOR GIRLS ::::

HARD DISK GIRLS:
she remembers everything, FOREVER

RAM GIRLS:
she forget about you, the moment turn her off

WINDOW GIRLS:
everyone know that she can’t do a thing right, but no one can live
without her.

SCREENSAVER GIRLS:
She is good for nothing but at least she is fun

INTERNET GIRLS:
Difficult to access

SERVER GIRLS:
Always busy when you need her.

MULTIMEDIA GIRLS:
She make horrible thing look beautiful

CD-ROM GIRLS:
She is always faster and faster.

EMAIL GIRLS:
Every ten things she says, eight are nonsense .

VIRUS GIRLS:
Also known as “wife” when you are not expecting her, she comes,
install herself and uses all your resources. If you try to uninstall
her you will lose something, if don’t try you uninstall her you will
lose everything…




LELAKI KACAK


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.




BACAAN UNTUK MEMAGAR RUMAH DAN DIRI SENDIRI DARI SEGALA MALAPATEKA

Caranya :
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

Untuk memagar diri , keluarga dan harta benda.

Caranya :1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.






CITE BUDAK2

Ada sorang cikgu pompuan yg mengajar B. Inggeris utk thn 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 perkataan Inggeris dan kemukakan pada hari isnin nanti.
Ada sorang anak murid cikgu itu pun berjalan balik kerumah. Dalam perjalanan balik, dia nampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menyergah “Shut up you !!”. Sampai rumah dia tanya bapa dia, “’shut up you’ tu bahasa Inggeris ke?” Bapa dia kata, iye. Dapat dah satu perkataan, ingat budak tu.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa Superman nak terbang dia kata “Superman !!!” dia tanya bapa dia lagi, “’superman’ tu bahasa inggeris jugak ke” dan bapa dia kata “yes”. Dua perkataan dah, kata budak tu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan. Dia nampak ada sorang lelaki dan sorang pompuan sedang bertengkar berebut buku. Pompuan itu kata “Ladies first”. Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itupun bahasa inggeris. Ah, leganya kata budak itu. “aku dah dapat carik ke semua perkataan B.I tu!!
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.
Cikgu: “OK boy, did you get the words?”
Budak: “Yes, teacher”.
Cikgu: “Good, what is your first word?”
Budak:”Shut up you!!”
Cikgu: “What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: “Superman !!!”
Cikgu: “Bloody fool! Get out from this class!”
Budak: “Ladies First!!”




MAMAT 'LU PIKIR LA SENDIRI!'

Dua orang pemuda sedang menikmati makanan di
sebuah Restoran, kerana menghadiri seminar
Kebudayaan. Seorang Pemuda Bandar dan
seorang wakil dari Pemuda orang Asli. Mari kita
ikuti perbualan antara Pemuda Bandar dan
Pemuda Orang Asli ini.

P.Asli : Orang Bandar kebanyakan semuanya
pengotor!

P.Bandar : Eh ! kenapa pulak?

P.Asli : Yelah,1.orang bandar suka makan ayam
kg, ayam kg suka makan sepatu manusia, 2. orang
bandar suka makan lembu, lembu suka makan
rumput yang tumbuh merata-rata bercampur dgn
segala macam najis dan dipijak-pijak manusia.
tengok kita Orang asli, makan semua jenis yang
‘terbang’ sahaja. jadi, kebersihannya terjamin.
Contohnya; Orang Asli suka makan monyet,
monyet makan buah-buahan,Orang Asli suka
makan Tupai, Tupai makan buah-buahan, Orang
Asli suka makan burung, Burung pun suka makan
buah-buahan.

P.Bandar : Panas jugak rasa hati ni. Lalu berfikir
macamana nak kenakan Pemuda Asli yg angkuh
itu.

Lalu Pemuda Bandar punbertanya,”Oh!
orang-orang awak suka makan jenis yg ‘terbang’
ajelah ye..? Kalau macam tu ‘HELIKOPTER’
makan tak?”.

P.Asli : Terbang tak?

P.Bandar : Oh terbang….

P.Asli : Makan sikit-sikit!

Moral of the story : Kalau dah bodoh jangan
sombong.

0 comments: